Assalamualaikum...
Hari ni terbaca satu blog..perginya-seorang-permata-hati-indah seorang ibu yang baru kehilangan anaknya..baru setahun 2bulan..
Menitis airmata ini.. bukan menitis lg meleleh2 da..saat ak membaca kisah itu ak baru nak suapkan nasi ..tapi selera makan ku terus hilang otomatik!! teringatkan Qaleef dlm jagaan pengasuhnya. Sihat kah dia? Aku terus call pengasuh anakku pesan padanya tolong jaga anak sy baik2 ye kak..Agaknya kakak tu pon pelik..
Asalnya anak itu sihat, ceria seperti kanak2 lain..
Tapi bila sakit itu datang menyerang secara tiba2 segala2nya berubah sekelip mata..
Terus aku terbayangkan kalaulah itu yg terjadi pada anakku..Qaleef Ya Allah aku tidak sanggup :'(
Ya Allah kau peliharalah anakku..
Aku sedar aku masih belum mampu jadi seorang ibu yang terbaik utk anakku tapi aku akan sentiasa berusaha utk buat yang terbaik demi kesihatan dia..
demi masa depan dia..
demi lihat dia tersenyum untuk ku setiap hari..
kerana bagiku senyumnya itu adalah semangat untuk aku mula kan setiap hari2 ku..
kerana senyum itulah yang merawat segala dukaku..
Berilah aku peluang untuk melihat dia membesar..
Untuk lihat dia berjaya..
Berilah peluang untuk aku jadi seorang ibu yang terbaik untuknya..
Amen Ya Rabbal Alamin. :'(
Al- Fatihah buat anak itu Aqil Hamzah..semoga dia tenang disana...sesungguhnya syurgalah tempatmu syg..
Semoga ibu bapanya tabah menghadapi dugaan ini..
Semua yang berlaku ada hikmahnya.. DIA pasti dah aturkan sesuatu yang lebih baik untuk kita dihadapan sana..Redha itu perlu..
Tapi aku tahu hanya tangisan yang akan sentiasa mengiringi hari2 ibu bapa ini selepas ini tatkala melihat segala kenangan yang dipinjam kan buat mereka dari Yang Esa..
Aku akui aku juga takkan pernah mampu..
Hanya aku doakan mereka diberikan kekuatan untuk menghadapi semua ini..
Aku turut bersedih dengan kehilangan ini.
Ya aku hanya mampu menumpang sedih dan mendoakan
aku tidak berada di tempat mereka..
tapi aku juga seorang ibu
dan naluri seorang ibu itu sama.
Sayang mummy <3 |